Muslim
Muslim

Muslim

Sebahagian dari siri
Islam & ImanMuslim (Arab: مسلم) ialah gelaran bagi orang yang beragama Islam dan bermaksud seseorang yang telah berserah kepada Allah. Sebaik sahaja seseorang itu mengucap dua kalimah syahadah, dia akan secara langsung menjadi seorang Muslim.Muslim mempercayai bahawa terdapat hanya satu Tuhan, iaitu Allah, serta juga bahawa agama Islam telah wujud sebelum Nabi Muhammad, dengan agama tersebut berkembang dengan berlalunya masa. Al-Quran memerihalkan banyak nabi-nabi dan Rasul-Rasul sebagai Muslim, termasuk Nabi Adam a.s., Nabi Nuh a.s., Nabi Musa a.s., serta juga Nabi Isa a.s. dan hawari-hawarinya. Al-Quran menyatakan bahawa tokoh-tokoh tersebut adalah Muslim kerana mereka berserah kepada Allah, berkhutbah tentang ajaran-Nya dan mendukung nilai-nilai-Nya. Misalnya, dalam Surah 3:52 Al-Quran, pengikut Nabi Isa memberitahu Nabi Isa as: "saksikanlah bahawa kami ialah orang-orang Muslim". Muslim bersembahyang sebanyak lima kali sehari, dengan sembahyang tersebut dikenali sebagai Solat Subuh, Solat Zohor, Solat Asar, Solat Maghrib, dan Solat Isyak. Terdapat juga sembahyang Jumaat yang khusus yang dikenali sebagai Solat Jumaat.