Musrad

Musa bin Radhi atau lebih dikenali sebagai Musrad merupakan pemain bass kumpulan Exists yang tidak asing lagi dalam industri muzik tanah air selain merupakan ketua dan anggota tertua dalam kumpulan tersebut.[1] Beliau merupakan nadi utama kumpulan Exists selain gitaris utamanya, Along yang juga anak saudaranya kerana banyak mencipta dan menulis lirik lagu-lagu untuk kumpulan mereka sendiri. Beliau juga pernah bekerja sebagai A&R di NAR Records dan juga menjadi penerbit untuk artis lain. Populariti beliau sebagai seorang penulis lirik mula meledak naik menerusi dua buah lagu nyanyian Siti Sarah iaitu Kesetiaan dan Saat Hilang Cintamu.