Kerjaya Mustaqim_Bahadon

Sebelum menjadi pelakon, Mustaqim telah menceburi dalam bidang peragaan terlebih dahulu.[7] Beliau juga pernah menjadi duta Jakel selama 4 tahun dan pernah membintangi dalam beberapa iklan seperti Nescafe Ipoh White Coffee. Selain itu, beliau juga pernah menjadi seorang jurulatih peribadi di sebuah gim dan Mustaqim pernah menyertai pertandingan Pencarian Lelaki Maskulin (PLM) pada tahun 2008/2009 serta berjaya menjadi finalis dalam pertandingan tersebut. Pembabitan awalnya dalam dunia hiburan tanah air juga bermula selepas menyertai pertandingan itu yang turut disertai oleh Azrel Ismail.[8]

Selain itu, beliau juga mempunyai sebuah kedai gunting rambut yang beroperasi di ibu kota. Pada tahun 2014, Mustaqim memegang watak sebagai Raja Gufran iaitu seorang lelaki metroseksual dalam drama Jodoh musim ke-2.[9]

Pada tahun 2017, beliau memegang watak utama sebagai Dr. Syukri dalam drama Kerana Anisa yang turut dibintangi oleh Zara Zya, Sura Sojangi, Fahrin Ahmad, dan Uqasha Senrose dan disiarkan di Slot Samarinda TV3.[10]

Pada 23 Mac 2017, Mustaqim muncul sebagai peserta dalam rancangan Perang Bibir di TV9. Pada Syawal kedua, beliau menbintangi telefilem berjudul Serondeng Daging Abang Sado yang bersiaran di TV1. Pada 2 Julai 2017, beliau muncul dalam sebuah telefilem bertajuk Menantu Second Class yang bersiaran di TV9 dan memegang watak utama sebagai Rizal.

Mustaqim muncul dalam filem sukan luncur air Surf This Love: Gelora Juara yang ditayangkan pada 22 Februari 2018, dibintangi oleh Shukri Yahaya, Josiah Hogan dan Ardell Aryana. Ia menjadi filem pertama gandingan beliau bersama Josiah.[11] Beliau seterusnya menjayakan watak sebagai Rizal, salah seorang ahli kumpulan Geng Anarkis dalam filem aksi KL Special Force arahan Syafiq Yusof. Filem yang turut dibintangi oleh Rosyam Nor, Fattah Amin dan Syamsul Yusof ditayangkan pada 8 Mac 2018.[12]

Rujukan

WikiPedia: Mustaqim_Bahadon http://www.azhan.co/biodata-mustaqim-bahadon-aktor... http://www.budiey.com/gambar-mustaqim-bahadon-pela... http://malaysianaccess.com/tidak-kisah-bermula-dar... http://www.rojakdaily.com/entertainment/article/69... http://www.hmetro.com.my/node/120921 http://www.hmetro.com.my/node/180920 http://www.hmetro.com.my/node/200086 http://www.hmetro.com.my/node/207644 http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&d... http://www.mstar.com.my/hiburan/wayang/2018/03/02/...