Mustard
Mustard

Mustard

Mustard (Belanda mosterd; Inggeris mustard) adalah salah satu rempah yang berasal dari biji tanaman sesawi (beberapa jenis Brassica dan Sinapis ) yang dihaluskan, sebelum dicairkan dengan air dan ditambah bahan-bahan lain. Rempah ini mempunyai rasa agak pedas dan agak menyengat di lidah dan lelangit mulut yang agak mirip dengan wasabi. Mustard telah lama menjadi penyedap dalam khazanah masakan Eropah. Jenis mustard bergantung kepada bahan asasnya. Sumber mustard adalah biji tanaman sesawi putih (Sinapis alba), sesawi hitam (Brassica nigra), atau sesawi coklat / India (Brassica juncea). Mustard putih memberikan rasa yang paling "lembut", sedangkan mustard hitam memberikan rasa pedas dan menyengat yang kuat. Jenis-jenis mustard ini masih berkerabat dekat dengan sawi (B. rapa), rapa (B. napus) dan kubis (B. oleracea). Biji-biji tumbuhan kerabat ini sebetulnya juga dapat diolah menjadi mustard tetapi aromanya kurang tajam sehingga jarang dipakai. Mustard dari Dijon dan Meaux sangat terkenal di seluruh dunia, begitu pula mustard Inggeris asal Norwich dan Tewkesbury. Mustard biasanya dijual dalam bungkusan botol gelas, botol plastik, atau dalam tube. Tanda mustard yang terkenal di Amerika Syarikat, contohnya: Plochman's, French's dan Gulden's. Tanda mustard Amora dan Maille popular di Perancis, sedangkan tanda Colman's lebih popular di England. Di Jerman, mustard juga popular sebagai teman sosej bakar. Jenama yang dominan adalah Tom's.

Mustard

Lemak 3 g
- Serabut diet 3 g
Tenaga 276 kJ (66 kcal)
Karbohidrat 8 g
Protein 4 g
- Gula 3 g