Muung

Muung ialah sebuah siri animasi Malaysia yang ditonton melalui Internet di laman hiburan gua.com.my. Kisah Muung yang berlatarkan sebuah alam yang diduduki lembu yang bercirikan manusia ini berpusatkan seekor anak lembu yang ditinggalkan hanyut di sungai oleh ibu bapa kandungnya lalu ditemui oleh penduduk sebuah kampung. Anak lembu tersebut dipercayai ditinggalkan kerana bunyi melenguhnya yang tidak betul (bunyinya seperti "Moo-oong!", maka diberi namanya Muung), lalu menjelikkan para penduduk kampung.Muung diterbit oleh KLMotion Picture dan Tanahkarya untuk Alt Media, anak syarikat Media Prima yang bertanggungjawab atas portal gua.com.my.

Muung

Bahasa Bahasa Malaysia
Negara asal  Malaysia
Penerbit eksekutif Kye
Amirul (animasi)
Pelakon suara Sha
Chad
Amirul
Irma Hasmie
Shamsull
Penerbit Wan Hasliza
Noor Irwan Junaidy
Pengarah kreatif Mclelun
Noor Irwan Junaidy
Pencerita suara latar Kye
Penggubah lagu tema Noor Irwan Junaidy
Pencipta Kye
Wan Hasliza
Penyunting Amirul
Genre Animasi
Saluran asal gua.com.my
Dibangunkan oleh KLMotion Picture
Tanahkarya