Muzik_Aktif
Muzik_Aktif

Muzik_Aktif

Muzik Aktif merupakan saluran muzik 24 jam yang dikendali oleh perbadanan Radio Televisyen Malaysia. Saluran ini merupakan saluran digital Malaysia pertama melalui Projek Perintis Pendigitalan Penyiaran RTM. Saluran ini kali pertama diperkenalkan kepada penduduk Lembah Kelang secara digital melalui siaran percubaan mulai 1 September 2006. Saluran ini secara khusus menyiarkan program muzik tempatan seperti klip video penyanyi tempatan yang meliputi pelbagai genre, bahasa, budaya dan etnik di Malaysia serta program hiburan terbitan tempatan.RTM telah menggunakan platform Astro sebagai langkah awal untuk memperkenalkan lebih banyak saluran digital pada masa akan datang. Muzik Aktif disiarkan melalui sejak 16 Mac 2009 di saluran 180.[1] Muzik Aktif digantikan dengan saluran TVi pada 10 April 2011, dan satu saluran muzik yang bernama "Galaksi Muzik RTM" telah disiarkan melalui laman web MyKlik.