Asal Muzik_rock

Rencana utama: Asal rock 'n' roll

Rock and Roll dalam berbagai-bagai samaran datangnya daripada penggabungan pelbagai budaya muzik, dan pengaruhnya pula memulangkan kesan kepada budaya-budaya itu dalam proses saling meminjam, mempengaruh, serta menukarkan gagasan baru yang terus memperkembangkan muzik rock.Rock and Roll ialah muzik gabungan dua benua iaitu Eropah dan Afrika yang bertemu dan bercampur di benua Amerika bermula pada sekitar abad ke 19. Muzik oran-orang kulit putih dari Eropah seperti country dan folk bercampur dengan muzik orang-orang Afrika Amerika seperti blues gospel dan soul menjadi muzik generasi baru dan terkenal keseluruh dunia pada tahun 1950an.

Pempelbagaian Rock 'n' Roll

Rencana utama: Rock 'n' roll

Rock 'n' Roll mencapai kejayaan yang cemerlang di Amerika Syarikat dan dengan cepatnya membawa muzik yang dipengaruhi oleh ritma dan blues kepada peminat-peminat antarabangsa. Bagaimanapun, kejayaan muzik rock ini telah mengakibatkan pengeceran ketika penganjur-penganjur menggunakan label ini untuk pop komersil yang lain, dan bintang-bintang asal seperti Elvis Presley dialihkan ke balada untuk memeliharakan gagasan pop yang lalu. Keterangsangan dan dorongan muzik tidak terlupa tetapi sebaliknya, terdapat pempelbagaian yang lebih meluas.


Sejarah Lagu Rock di Malaysia

Pengaruh muzik Rock di Malaysia mula berkembang pada pertengahan tahun 1980-an. Pada waktu itu, muncul kumpulan-kumpulan rock tempatan sebagai hasil daripada pengaruh budaya muzik rock barat, terutamanya daripada kumpulan Led Zeppelin, Van Halen, Deep Purple, Black Sabbath dan lain-lain. Kemunculan kumpulan rock tempatan menjadi semakin galak dengan penganjuran pelbagai pertandingan muzik rock peringkat kebangsaan seperti Juara Rock, Batu-Batu Perjuangan, Pesta Hiburan Kingsway, Festival Rock dan Battle Of The Bands 1 & 2 dan lain-lain.