Muzik_vokal

Muzik vokal ialah muzik yang dipersembahkan oleh satu atau lebih penyanyi, sama ada dengan iringan alatan muzik ataupun tidak, di mana nyanyian tersebut merupakan tumpuan utama gubahan sesuatu lagu itu. Muzik yang mempunyai nyanyian tetapi tidak mempersembahkannya dengan jelas umumnya dianggap sebagai muzik instrumentalMuzik vokal seringkali mempamerkan kata-kata yang nyanyian yang digelar lirik walaupun terdapat beberapa contoh muzik vokal yang dipersembah menggunakan suku kata atau bunyi bukan linguistik, kadang-kala sebagai onomatopoeia muzikal. Sebuah gubahan muzik vokal yang terdiri daripada lirik-lirik digelar lagu.Muzik vokal mungkin sekali sejenis muzik yang paling tua, kerana muzik jenis ini tidak memerlukan sebarang alatan muzikal selain daripada suara manusia sendiri. Setiap budaya muzikal mempunyai satu atau lebih jenis muzik vokal.