Muzium_Sungai_Lembing

Tiada sebab dinyatakan untuk tag wikikan pada rencana ini. Anda boleh memasukkan sebab dengan menggunakan parameter |reason=, seperti berikut: {{Wikikan|reason=Sebab anda di sini}}Muzium Sungai Lembing mula dibuka kepada pengunjung pada 2001. Muzium ini memiliki keluasan 2.235 hektar. INFORMASI MUZIUM SINGAI LEMBINGANTARA PAMERAN DAN GALERI DI MUZIUM SUNGAI LEMBINGPEMBAHAGIAN GALERI MUZIUMAras satu•Kaunter Informasi•Pengenalan Sungai Lembing•Sejarah PCCL•Diorama Perlombongan •Pameran LuarAras Dua•Sejarah PerlombonganGeologi & GeomorfologiMining Arcade•Mining MemoirEkonomi PerlombonganKaedah PerlombonganPeralatan & PakaianMuzium Sungai Lembing adalah mempamerkan pameran tetap, ianya berkaitan dengan perlombongan bijih timah di Sungai Lembing. Muzium Sungai Lembing memperagakan koleksi peralatan-peralatan perlombongan yang pernah digunakan untuk melombong bijih timah bawah tanah di Sungai Lembing. Di antara koleksi menarik yang dipamerkan adalah berusia lebih 50 tahun. Antara koleksi yang dipamerkan ialah topi pelombong lengkap dengan lampu, pakaian pelombong, tong bijih timah, wagon, dan sebagainya. Keseluruhan konsep muzium adalah berteraskan “edutainment” gabungan proses pembelajaran bercirikan hiburan mengikut citarasa pengunjung, bermaklumat, ceria, terhibur dan menarik.
SINOPSIS GALERIMuzium Sungai Lembing mempunyai 2 aras iaitu aras satu dan aras dua.Aras satu terdiri daripada Kaunter Informasi, Pengenalan Sungai Lembing, Diorama Perlombongan, Sejarah PCCL & Pameran Luar.a)Kaunter InformasiPelawat dialu-alukan kedatangan ke Muzium Sungai Lembing melalui pintu masuk utama.Pelawat boleh mendapat sebarang informasi berkaitan dengan Muzium Sungai Lembing di Kaunter Informasi.b)Pengenalan Sungai LembingSegmen ini memaparkan panel-panel informasi berkaitan sejarah Bangunan Muzium Sungai Lembing, Objektif Penubuhan Muzium Sungai Lembing, Asal-usul Sungai Lembing, Perkembangan Awal Sungai Lembing dan Sungai Lembing Sekarang.c)Diorama PerlombonganSegmen ini mengambarkan bagaimana suasana perlombongan bijih timah yang sebenar.d)Sejarah PCCLSegmen ini dikhususkan kepada PCCL, syarikat yang beroperasi sejak 1906 sehingga 1986. PCCL merupakan syarikat yang memajukan lombong bijih timah bawah tanah secara komersial dan membangunkan Pekan Sungai Lembing. Syarikat PCCL juga telah terlibat semasa pendudukan jepun di Sungai Lembing. Syarikat PCCL telah menghentikan operasi perlombongannya.Pihak British mengarahkan semua kolong ditengelamkan supaya pihak Jepun tidak memusnahkannya.e)Pameran LuarAntara koleksi-koleksi yang dipamerkan ialah pemadam api,pam air, penuang bijih, troli,kotak merah, pengusung,mini mox, dan alat-alat elektrik dan jentera yang lain.`Aras dua terdiri daripada Sejarah Perlombongan, Geologi & Geomorfologi, Mining Arcade,Mining Memoir, Ekonomi Perlombongan, Kaedah Perlombongan, dan Peralatan dan Pakaian. a)Sejarah PerlombonganSegala paparan sejarah perlombongan ini yang bermula dengan penemuan bijih timah. Terowong bawah tanah adalah sinonim dengan kaedah perlombongan di Sungai lembing. Segmen ini menampilkan replika yang seumpama ini agar dapat mencernakan era awal perlombongan bijih timah bawah tanah di sungai Lembing. Pelawat akan dapat melihat,menjiwai seterusnya memahami kaedah perlombongan bawah tanah di Sungai Lembing.b)Geologi & GeomorfologiModel perlombongan di Sungai Lembing dipamerkan di segmen ini. Contoh-contoh batuan,contoh-contoh galian yang diperolehi di Sungai Lembing juga dipaparkan di Segmen ini.c)Mining ArcadeKonsep ruang tamu turut diadaptasikan semasa era British untuk persembahan audio-visual Muzium Sungai lembing. Ruang ini dilengkapkan pelbagai perabut seperti kerusi,meja dan almari yang bersesuaian mengikut era tersebut. Pengunjung dapat menonton video dokumentari sejarah Sungai Lembing disudut yang disediakan.d)Mining MemoirMining memoir adalah merupakan segmen mengimbas kembali kegemilangan industri bijih timah di Tanah Melayu. Bilik tidur dan bilik air sedia ada telah dibaikpulih dan dilengkapkan dengan perabut bilik tidur mengikut era tersebut.Beberapa penal berkaitan tokoh-tokoh yang berkait rapat dengan perlombongan Sungai Lembing serta paparan senarai nama pengurus-pengurus lombong yang pernah menginap dan berkhidmat dari tahun 1887 hingga 1986 turut di pamerkan kepada para pelawat.•Sultan Ahmad•Sultan Abu Bakare)Ekonomi PerlombonganPelbagai peralatan pejabat dipamerkan di segmen ini antaranya Mesin teleks, Mesin Taip Elektrik, Mesin Taip Manual, Mesin Tunai, Kalkulator dan sebagainya. Foto-foto gambar pekerja-pekerja Asia dan Inggeris yang pernah berkhidmat di Sungai Lembing suatu ketika dahulu turut dipamerkan.f) Kaedah PerlombonganPada amnya terdapat 5 kaedah perlombongan bijih timah yang dijalankan di Malaysia. Mendulang Kapal Korek Pam Hidrolik Lombong Bawah Tanah Lombong Dedahg)Peralatan dan pakaianPeralatan dan kelengkapan-kelengkapan pelombong dipamerkan di segmen ini. Antara peralatan yang digunakan ialah topi pelombong,lampu berkuasa bateri, gergaji, dapur semawang, bekas minuman & makanan dan sebagainya.PENGANGKUTAN YANG DISEDIAKAN UNTUK KE MUZIUM SUNGAI LEMBING DARI BANDAR KUANTAN PAHANG Teksi - Tambang Pengangkutan pergi / balik RM 40.00 dari Bandar Kuantan  Bas - Tambang Pengangkutan Biasa – RM 5.00Kemudahan  Tandas Tempat Letak kereta percumaWAKTU MELAWAT MUZIUM SUNGAI LEMBING Isnin hingga Ahad = 9.00am-5.00pm Jumaat = 9.00am-12.15pm 2.45 pm- 5.00pm Tutup = Hari Raya Aidilfitri Hari Raya AidiladhaMAKLUMAT TENTANG PEGAWAI/KETUA MUZIUM YANG BOLEH DIHUBUNGIRebiah bt Mohd YusofKetua MuziumJabatan Muzium MalaysiaWilayah TimurMuzium Sungai Lembing26200 Kuantan PahangTel:09-5412378Fax:09-5412377E-Mail: rebiahmyusof@gmail.com