My_Belarusy
My_Belarusy

My_Belarusy

My Belarusy (Мы, беларусы, Kami Rakyat Belarus) adalah tajuk tidak rasmi lagu kebangsaan Belarus, berasaskan baris pertama liriknya. Ia telah wujud semenjak 1955 sebagai lagu kebangsaan Republik Sosialis Soviet Belarusia. Muzik oleh Nestser Sakalouski manakala lirik oleh M. Klimkovich dan U. Karyzna. Setelah kejatuhan Kesatuan Soviet, hanya muzik digunakan sebagai lagu kebangsaan. Pada 2 Julai 2002, Presiden Lukashenka mengeluarkan arahan #350 untuk mengesahkan lirik baru, dipilih dalam pertandingan seperti berikut.