Myanaliza_Ruslee

Myanaliza binti Ruslee[1] atau turut dikenali sebagai Maya Matahari ialah seorang penyanyi dan pelakon di Malaysia. Beliau telah dilahirkan pada 13 Mei 1976 di Johor Bahru, Johor.[2]Beliau menceburi bidang seni apabila mula melancarkan album pertama beliau pada 25 Mac 1995 yang berjudul "Matahari" dengan lagu popular yang bertajuk sama. Dua buah album kemudian menyusul dalam kerjaya seni beliau iaitu "Diari Biru" dan "Mata".[3] Selain itu, beliau turut menceburi bidang lakonan sama ada layar perak dan pementasan. Selepas kejayaan beliau berlakon dalam filem Gemerlapan pada tahun 1997, diberi peluang berlakon teater Nyiur Gading Puncak Mahligai, Uda & Dara, Seruan Damai dan Hotel Malaya serta banyak lagi drama dan sitkom televisyen.[4]Beliau telah berkahwin pada 26 Jun 2009 dengan Tengku Shahreza Tengku Abdul Aziz dan perkahwinan mereka hanya bertahan sehingga Ogos 2015 tanpa sebarang cahaya mata.[5]Pada 2018, beliau membuat kemunculan kembali dengan lagu terbaru "Perlu Ada Setia" dan pada masa yang sama menjadi peserta Gegar Vaganza musim yang kelima.