Myanmar
Myanmar

Myanmar

Myanmar atau dahulunya dikenali sebagai Burma ialah sebuah negara di Asia Tenggara. Negara ini mengubah namanya kepada Myanmar pada 1989 dan nama barunya ini diiktiraf oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Walau bagaimanapun, beberapa negara seperti Amerika Syarikat dan United Kingdom tidak menerima perubahan nama ini kerana kedua-dua negara ini tidak mengiktiraf kerajaan junta yang memerintah Myanmar sekarang. Hari ini, ramai orang menggunakan nama "Myanmar" walaupun sesetengahnya tidak bersetuju dengan pemerintahan junta di Myanmar.Myanmar merdeka dari United Kingdom pada 4 Januari 1948 sebagai "Kesatuan Burma". Kemudian bertukar kepada Republik Sosialis Kesatuan Burma pada 4 Januari 1974. Sekali lagi bertukar kepada Kesatuan Burma pada 23 September 1988. Pada 18 Jun 1989, Majlis Pelembagaan menukar nama kepada "Kesatuan Myanmar".Myanmar bersempadan dengan Republik Rakyat China di utara, Laos di timur, Thailand di tenggara, Laut Andaman di selatan serta Teluk Bengal di barat daya. Satu per tiga tanah Myanmar atau 1,930 km di kelilingi oleh pesisiran pantai.Sistem politik di Myanmar dikawal oleh Majlis Pembangunan dan Keamanan Negara yang menguasai kerajaan sejak 1992, dan dipimpin oleh kerajaan junta tentera di bawah Jeneral Than Shwe. Tentera Burma telah berjaya menguasai pemerintahan semenjak Jeneral Ne Win memimpin rampasan kuasa pada 1962 dan menumpaskan kerajaan awam pimpinan U Nu. Sepanjang pemerintahan Empayar British sehingga 1948, Burma terus berhadapan dengan masalah ketegangan kaum. Kebudayaan Myanmar, seperti jirannya berasaskan kepercayaan Buddha Theravada dengan ubahsuai dan tambahan elemen tempatan. Pemerintahan tentera berakhir pada tahun 2011, lalu diganti oleh kerajaan awam.

Myanmar

Ibu kota Naypyidaw1
Zon masa UTC+6:30 (MMT)
Pemerintahan Republik berpresiden
• Canselor Aung San Suu Kyi
• Bancian 1983 33,234,000
Bandar terbesar Yangon
• Per kapita $1,691 (150)
• Anggaran Julai 2005 50,519,0002 (24)
Kod panggilan 95
Bahasa rasmi Myanmar (Burma)
• Timbalan Presiden pertama Myint Swe
• Total $93.77 bilion (59)
• Tarikh 4 Januari 1948
KDNK (PPP) Anggaran 2005 
Mata wang kyat (K) (mmK)
• Timbalan Presiden kedua Henry Van Thio
HDI (2004) ▲ 0.581
Ralat: Nilai HDI tidak sah · 130
• Air (%) 3.06
Internet TLD .mm
• Presiden Htin Kyaw