N.F.-Board
N.F.-Board

N.F.-Board

N.F.-Board (Nouvelle Fédération-Board), merupakan persekutuan bola sepak yang telah ditubuhkan pada 12 Disember 2003. Persekutuan ini terdiri daripada pasukan bola sepak yang mewakili negara, negara di bawah jajahan, negara yang tidak diiktiraf, negara kecil serta negara-negara yang tidak bergabung dengan FIFA. Salah seorang pengasasnya ialah Luc Misson, seorang peguam yang dilantik oleh Jean-Marc Bosman, seorang pemain Belgium dalam kes di mahkamah yang membawa kepada Peraturan Bosman[2].Tertubuhnya N.F.-Board adalah untuk memberi mesej bahawa semua orang mempunyai hak untuk menyertai kejohanan bola sepak[3]. N.F.-Board juga menganjurkan Piala Dunia VIVA yang berlangsung buat pertama kali di Occitania pada bulan November 2006.N.F.-Board menganjurkan edisi ke-5 Piala Dunia VIVA di Kurdistan sebagai tuan rumah. 9 buah pasukan telah menyertai kejohanan ini dengan pasukan Kurdistan berjaya mengalahkan pasukan Cyprus Utara dengan skor 2-1 di hadapan 22,000 orang penyokong. Edisi kali ini dianggap paling berjaya sejak kejohanan ini diadakan[4].

Rujukan

WikiPedia: N.F.-Board http://www.20min.ch/sport/fussball/story/27197631 http://www.firstpost.com http://www.firstpost.com/topic/place/western-sahar... http://www.frequency.com/video/freundschaftsspiel-... http://www.hurriyetdailynews.com/iraqi-kurdish-tea... http://inbedwithmaradona.com/journal/2012/6/22/the... http://www.tamilguardian.com/article.asp?articleid... http://www.theguardian.com/football/2008/jun/24/1 http://www.voanews.com/content/darfuri-refugees-cl... http://www.youtube.com/watch?v=PxIZ5XTu3gg