Kerjaya Nabil_Ahmad

Pelawak berdiri

Beliau berhijrah ke Kuala Lumpur pada 2008 dan terpilih sebagai salah seorang peserta Raja Lawak Astro musim kedua, yang turut disertai oleh Along Cham dan Azrul Zaidi. Persembahan beliau berjaya menarik perhatian juri sekaligus dinobatkan sebagai juara.

Televisyen

Sejak 2012, beliau bersama bekas pengacara bersama, Neelofa menggalas tugas sebagai pengacara rancangan hiburan Astro Ria, meleTOP.[4][5] Beliau menjadi pengacara HBO Sentral musim kedua pada 2015 menggantikan Lisa Surihani yang mengacarakan musim pertama.[6] Menurut Ketua Jualan dan Pemasaran Ahli Gabungan HBO Asia, Jacelyn Kek: "Kejayaan yang dicapainya berjaya mengangkat dirinya menjadi hos pelbagai program televisyen. Dia juga pelakon drama dan filem. Lantaran itu, kami berasakan Nabil amat sesuai untuk mengambil alih tempat Lisa (Surihani),".[7][8]

Melengkapkan portfolio kerjaya seni beliau, Nabil menggalas peranan sebagai penerbit rancangan televisyen sitkom Bas Stop. Ia merupakan sebuah sitkom yang mengetengahkan isu semasa berkaitan kehidupan pengguna perkhidmatan pengangkutan awam. Setiap episod membawa mesej yang tersendiri dan disampaikan dalam suasana santai.[9][10][11]

Nabil telah dianugerahkan Hos/Penyampai Hiburan Terbak di Anugerah Kreatif Akademi Asia yang diadakan di Cannes, Perancis pada 15 Oktober 2018.[12]

Filem

Selepas Raja Lawak tamat, Nabil memulakan kerjaya lakonannya dalam filem sulungnya Sifu & Tongga pada awal tahun 2009, diikuti Lu Pikirlah Sendiri de Movie setahun berikutnya, sebuah filem separa autobiografi mengenai perjalanan dirinya ke arah keternamaan sebagai seniman. Bagaimanapun, perihal ini dicemari oleh kenyataan Nabil sendiri yang mengeluarkan kenyataan negatif mengenai filem berkenaan sebaik sahaja menonton pratayangnya. Keluhnya, filem itu "tidak memenuhi piawaian yang saya kehendaki. Saya tak nampak graf ceritanya. Ke mana jalan ceritanya, saya langsung tak faham".[13] Tindakan beliau meluahkan kenyataan tersebut mengundang saman RM 2 juta dari syarikat penerbitan SDAF Pictures.[14]

Nabil berlakon bersama Johan As'ari dalam filem Bo-Peng (2016) arahan Helmi Yusof di mana beliau memegang watak Bo. Ia menjadi filem terakhirnya bersama syarikat penerbitan filem lain, beliau berkata dalam temuramah bersama Harian Metro: "Ini adalah filem terakhir lakonan saya untuk produksi orang lain. Akan ada filem yang saya terbitkan sendiri dan skripnya juga saya buat sendiri."[15][16]

Beliau menduduki kerusi pengarah menerusi telefilem komedi seram The Hantus arahan bersama Helmi dibintangi oleh Faizal Hussein, Alif Satar dan pelakon Singapura, Hannah Delisha yang mana beliau turut berkhidmat sebagai penulis skrip. Telefilem ini bersiaran di Astro First Eksklusif pada 15 Jun 2018.[17][18]

Muzik

Beliau memulakan kerjayanya dalam bidang muzik apabila secara rasmi melancarkan single dan muzik video lagu, "Pening" di saluran YouTube Mixology Music pada 23 Januari 2019.[19][20][21]

Perniagaan

Nabil melengkapkan portfolio kerjayanya dengan membina empayar perniagaan sebagai jaminan masa depan. Beliau bersama rakan kongsi, Datuk Khairil Muzamil Abdul Rahman, menubuhkan syarikat penerbitan KMN Production Sdn Bhd pada hujung 2018.[22]

Rujukan

WikiPedia: Nabil_Ahmad http://www.agendadaily.com/Hiburan/bo-peng-filem-t... http://www.astroawani.com/berita-hiburan/hbo-sentr... http://www.astroawani.com/berita-hiburan/nabil-ahm... http://www.astroawani.com/berita-hiburan/saya-amat... http://www.gempak.com/artikel/5091/nabil-ahmad-jad... http://www.imdb.com/name/nm3600822/ http://ww1.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&d... http://www.murai.com.my/article/default.asp?articl... http://www.murai.com.my/article/default.asp?articl... https://www.rotikaya.com/nabil-ahmad-selesai-majli...