Kerjaya Nabila_Razali

Nabila memulakan kerjaya sebagai penyanyi melalui rancangan Akademi Fantasia Musim 10 atau AF2013, sebaris dengan penyanyi seperti Faizul, Azhael, Amira Othman dan Indah Ruhaila. Menurut beliau dalam temuramah: "Saya suka menyanyi sejak kecil. Di universiti, saya dan rakan-rakan pernah menjadi pemuzik jalanan".[3] Lagu single pertama beliau iaitu "Katakan Saja" mendapat sambutan yang menggalakkan dari pendengar. Namun, Nabila mula memperlahankan aktiviti seni beliau kerana masih menuntut di sebuah universiti awam tempatan.[4] Selepas menamatkan pengajian, beliau kembali menumpukan ke bidang seni semula apabila mengeluarkan single "Cemburu" yang juga mendapat sambutan hangat dari peminat pada tahun 2016.

Nabila juga menjinakkan diri dalam bidang lakonan melalui dua telefilem iaitu Bibik Aku Nak Kahwin (2013) dan Ustaz Baru Nak Start (2016). Pada tahun 2017, Nabila mengembangkan sayapnya melalui drama rantaian Hikayat Cinta Si Pematah Hati lakonan bersama Alif Satar.[5] Menggalas watak utama Wafeen Wardah, lakonannya mendapat reaksi positif dari peminat.[6]

Pada November 2017, Nabila telah mengeluarkan single terbaru berjudul "Pematah Hati"[7] dan menjadi kejayaan komersial. Muzik videonya diarahkan oleh The Storytellrs dan menampilkan Aedy Ashraf, Yaya Zahir dan Adriana Adnan.[8]

Pada tahun 2018, beliau bersama selebriti YouTube kelahiran Sarawak, Priscilla Abby menyanyikan lagu tema filem biopik 2018, Lee Chong Wei: Rise of the Legend yang bertajuk "Cahaya Juara". Rakaman lagu ini dijalankan pada 13 Februari 2018 di Kuala Lumpur, Malaysia dan Bangkok, Thailand.[9][10]

Beliau turut menjadi pelakon utama bersama Hefny Sahad dan Raysha Rizrose dalam siri drama online Cintaku di Bumi Izmir yang disiarkan di Unifi TV. Beliau memegang watak sebagai Fara.[11]

Pada Januari 2019, Nabila melancarkan single terbarunya, "Vroom Vroom" dengan muzik videonya menampilkan pelakon Fendy Bakry. Ia menerima lebih sejuta tontonan selepas empat hari dilancarkan dan turut menduduki tangga kedua sohor kini Malaysia dengan 38,000 tanda suka.[12][13][14]

Rujukan

WikiPedia: Nabila_Razali http://www.hmetro.com.my/node/133368 http://www.kosmo.com.my/hiburan/nabila-razali-seda... http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2017&d... http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/201... http://www.sinarharian.com.my/hiburan/pematah-hati... http://m.utusan.com.my/hiburan/nabila-teruja-tapi-... http://m.utusan.com.my/hiburan/selebriti/tiada-nia... https://www.facebook.com/NabilaRazali https://www.instagram.com/nabila.razali/?hl=en https://www.star2.com/entertainment/2017/06/13/sin...