Nafiri

Nafiri merupakan alat musik tradisional dalam kalangan masyarakat Melayu di Malaysia dan Indonesia yang berasal dari kawasan Sumatera dan Riau. Ia mempunyai bentuk badan yang panjang dengan hujung mulutnya yang mengembang hampir mirip trompet.Ia digunakan bersama alat-alat muzik lain seperti kompang, gendang, gong dan sebagainya untuk pelbagai tujuan seperti mengiringi pertunjukan tradisi (misalnya: makyong), adat resam malah juga sebagai alat komunikasi umum untuk memberitahukan tentang adanya bencana atau berita tentang kematian.