Nagoya
Nagoya

Nagoya

Nagoya (名古屋市, Nagoya-shi) adalah bandar ketiga terbesar dan keempat paling ramai penduduk di kawasan bandar di Jepun.[1]Nagoya terletak di pantai Lautan Pasifik di wilayah Chūbu di tengah Honshū. Ia adalah ibu negeri bagi wilayah Aichi dan salah sebuah pelabuhan laut terpenting Jepun selain Tokyo, Osaka, Kobe, Yokohama, Chiba, dan Hakata. Ia juga merupakan pusat kawasan metropilitan ketiga terbesar Jepun yang dikenali sebagai Kawasan Metropolitan Chūkyō. Setakat tahun 2000, Kawasan Metropolitan Chūkyō mengandungi 8.74 juta penduduk, di mana 2.17 juta darinya tinggal di dalam bandar Nagoya.[2]