Nalanda
Nalanda

Nalanda

Nālandā (Hindi/Sanskrit/Pali: नालंदा) ialah nama sebuah institut pengajian tinggi purba di Bihar, India.Nalanda terletak di negeri Bihar, kira-kira 55 batu ke tenggara Patna, dan ia merupakan sebuah pusat pengajian agama Buddha yang terkemuka dari kurun ke-5 atau ke-6 M sehingga 1197 M.[1][2] Ia digelar sebagai "antara universiti terulung dalam sejarah".[2] Nalanda menjadi terkenal dari zaman pemerintahan Śakrāditya dari Empayar Gupta (identiti tidak dipastikan, mungkin Kumara Gupta I atau Kumara Gupta II) sehinggalah tahun 1197 M. Selain dinaungi Empayar Gupta, ia juga dinaungi oleh Maharaja-Maharaja Buddha seperti Harsha dan pemerintah Kerajaan Pala.[3]Kompleks ini dibina dari batu bata merah dan runtuhannya kini meliputi satu kawasan seluas 14 hektar. Pada zaman kegemilangannya, universiti ini telah menarik ramai sarjana dan penuntut dari negara sejauh China, Greek dan Parsi.[4] Nalanda telah dijarah dan dimusnahkan oleh penakluk Turki Muslim di bawah pimpinan Bakhtiyar Khalji pada tahun 1193. Perpustakaan agung Universiti Nalanda adalah sangat besar sehingga dikatakan ia hanya habis terbakar selepas tiga bulan dibakar tentera penakluk, yang juga memusnakan kuil-kuil serta menghalau keluar para sami. Pada tahun 2006, Singapura, China, India, Jepun dan lain-lain negara, telah mengumumkan cadangan bagi rancangan memulih dan membangun semula tapak bersejarah ini menjadi Universiti Antarabangsa Nalanda.

Rujukan

WikiPedia: Nalanda http://www.berzinarchives.com/web/en/archives/e-bo... http://www.buddhisminindia.com/buddhism-destinatio... http://books.google.com/?id=9jb364g4BvoC&printsec=... http://books.google.com/?id=Be3PCvzf-BYC&printsec=... http://www.nalandaopenuniversity.com/images/about.... http://www.nytimes.com/2006/12/09/opinion/09garten... http://www.nalanda.nitc.ac.in/about/NalandaHeritag... http://nalanda.bih.nic.in/history.html //doi.org/10.1163%2F1568527952598657 http://books.google.co.uk/books?id=7s19sZFRxCUC&pr...