Nama_pengenalan_NATO

Nama pengenalan NATO ialah nama kod tidak rahsia untuk peralatan ketenteraan daripada Blok Timur (Kesatuan Soviet dan negara-negara lain daripada Pakatan Warsaw dan China). Ia memberi perkataan dalam Bahasa Inggeris yang jelas, mudah difahami dan seragam di tempat gelaran asalnya — yang mana mungkin tidak diketahui pada masa itu atau kod yang mudah dikelirukan. Kebanyakan peralatan yang dinamakan ini masih digunakan sehingga kini, dan nama pengenalan NATO sering kali digunakan.NATO mengekalkan senarai nama-nama ini. Tugas khas untuk menamakan pesawat-pesawat Rusia dan China diuruskan oleh 5 negara Air Standardization Coordinating Committee (ASCC) yang terdiri daripada Australia, Kanada, New Zealand, Britain dan Amerika Syarikat.