Ekonomi Namibia

Hubungan dengan Malaysia

Terdapat sebuah syarikat Malaysia membuka kilangnya di Namibia. Ramatex Bhd., syarikat tempatan yang mengeluarkan pakaian di Namibia menjangkakan perolehan sebanyak RM950 juta (AS$250 juta) pada akhir tahun ini hasil eksport produknya ke pasaran Eropah.

Pengerusinya, Datuk Ahmad Zahid Hamidi berkata, pihaknya menjangkakan pengeluaran pakaian sebanyak 150,000 dozen dengan perolehan bulanan sebanyak RM190 juta (AS$50 juta).

Katanya, kilang yang beroperasi di atas tanah seluas 65 hektar di pinggir bandar Windhoek itu, kini mempunyai seramai 5,000 pekerja yang berupaya menghasilkan sehingga 700,000 kilogram baju kait setahun.

``Kami berhasrat menambah bilangan pekerja sehingga 15,000 orang tidak lama lagi untuk mencapai matlamat menjadi pengeluar unggul pakaian di pasaran Eropah, katanya.

Ahmad Zahid berkata demikian ketika berucap pada Seminar Perniagaan Namibia anjuran Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Namibia di Malaysia di Hotel Equatorial di sini hari ini.

Seminar yang disertai oleh 60 ahli perniagaan dan pelabur tempatan itu, dirasmikan oleh Ketua Menteri Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon.

Menurut Ahmad Zahid, kilang bersepadu di Windhoek lengkap dengan mesin-mesin berkuasa tinggi keluaran mula beroperasi pada 2001 dengan pelaburan sebanyak RM760 juta (AS$200 juta).(Utusan Malaysia - 25 Jun 2006)