Politik Namibia

Hifikepunye Pohamba, Presiden NamibiaMaklumat lanjut mengenai politik dan kerajaan Namibia boleh didapati di Siri politik dan kerajaan Namibia.

Ketua Negara Nambia ialah presiden yang dipilih melalui pilihan raya umum setiap lima tahun. Kerajaan Nambia diketuai oleh seorang perdana menteri yang, bersama-sama dengan kabinetnya, dilantik oleh Presiden. SWAPO, kuasa yang utama di belakang kemerdekaan Namibia masih merupakan parti politik yang terbesar di negara.

Parlimen Namibia dwidewan terdiri daripada Dewan Negara dengan 26 kerusi yang diduduki oleh dua orang ahli yang dilantik daripada setiap dewan kawasan untuk berkhidmat selama enam tahun; Dewan Undangan terdiri daripada 78 kerusi, dengan 72 orang ahli dipilih melalui pilihan raya, dan enam ahli tak mengundi yang dilantik oleh presiden. Kesemua 78 ahli dewan undangan berkhidmat untuk tempoh lima tahun.

Dewan Undangan merupakan badan perundangan yang utama, dengan Dewan Negara memainkan peranan penasihat. Perlembagaan Namibia 1990 merupakan salah satu perlembagaan yang pertama di dunia yang mengandungi perlindungan alam semula jadi dalam teksnya.

Badan kehakiman Namibia yang tertinggi ialah Mahkamah Agung. Hakim-hakimnya dilantik oleh Presiden melalui nasihat Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman.