Sejarah Namibia

Puak Herero, kira-kira 1910.


Tanah-tanah kering Namibia telah didiami oleh manusia sejak awal lagi oleh puak-puak Bushmen, Damara, serta Namaqua, dan sejak abad ke-14, oleh orang-orang Bantu dengan pengembangan mereka. Kawasan ini tidak dijelajahi secara meluas oleh orang-orang Eropah sehingga abad ke-19, ketika tanah itu dikuasai oleh Jerman sebagai Afrika Barat Daya — selain daripada Teluk Walvis yang dikuasai oleh British. Afrika Selatan menduduki tanah jajahan ini semasa Perang Dunia I dan mentadbirkannya sebagai sebuah wilayah mandat Liga Bangsa-bangsa sehingga selepas Perang Dunia II, apabila Afrika Selatan merampas wilayah itu tanpa pengiktirafan antarabangsa.

Pada tahun 1966, kumpulan gerila Pertubuhan Rakyat Afrika Barat Daya (SWAPO) yang bersifat Marxisme melancarkan perang kemerdekaan, tetapi tidaklah sehingga 1988 bahawa Afrika Selatan bersetuju untuk menamatkan pentadbirannya di Namibia, menurut rancangan keamanan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk seluruh wilayah itu. Kemerdekaan dicapai pada tahun 1990, dan Teluk Walvis diserahkan kepada Namibia pada tahun 1994.