Nancie_Foo

Nancie Foo merupakan seorang penyanyi, pelakon, penerbit TV di Malaysia. Dia dilahirkan di Sabak Bernam dan fasih berbahasa Inggeris,Bahasa Melayu, dan Mandarin.[1]Nancie Foo merupakan Ratu Cantik Malaysia 1979,[2] dan telah berkahwin dan memiliki tiga anak perempuan iaitu Ai Dee, Ai Vee, dan Ai Lee hasil perkahwinannya dengan ahli perniagaan, Wong Kang Yeow.Pernah bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Perempuan Air Panas.Dia mula berlakon dalam drama RTM sebelum ditawarkan peranan dalam filem Bintang Pujaan pada tahun 1979. Ini menyumbang pada anugerah pendatang baru semasa Perayaan Filem Merak Kayangan pada tahun 1981. Nancie menjalankan perniagaan penerbitan bersama bersama rakan kongsinya, Wendy Wong, di bawah syarikat Produksi Seni 2020 yang telah ditubuhkan sejak 1997.[3]

Nancie_Foo

Pekerjaan penyanyi, pelakon, penerbit TV
Pasangan Wong Kang Yeow
Anak Ai Dee, Ai Vee, dan Ai Lee
Warganegara  Malaysia
Kelahiran Nancie Foo
Sabak Bernam