Nanu_Baharudin

Sabaranu "Nanu" Baharudin (lahir 19 November 1969) ialah seorang pelakon, pengacara TV dan peragawati Malaysia.[1] Beliau berasal dari keluarga berdarah seni, terutama neneknya pelakon Zaharah Agus dan datuknya M. Suki.[2]Beliau pernah 3 kali dicalonkan untuk kategori Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (FFM) di Festival Filem Malaysia menerusi filem Perempuan Melayu Terakhir, Cinta dan 1957: Hati Malaya. Menerusi filem Imigran pula, beliau dicalonkan untuk kategori Pelakon Wanita Terbaik (FFM).Sejak 2000, Nanu banyak terbabit dengan drama TV dari Pesona Pictures selain daripada filem Pontianak Harum Sundal Malam. Pontianak Harum Sundal Malam adalah filem keempat Nanu setelah Rimba Malam, Imigran dan Perempuan Melayu Terakhir. Filem Rimba Malam yang melayakkan Nanu merangkul anugerah Bintang Harapan dulu.

Nanu_Baharudin

Pekerjaan Pelakon, peragawati, pengacara TV
Tahun aktif 1992–kini
Kelahiran Sabaranu binti Baharudin
(1969-11-19) 19 November 1969 (umur 50)[1]
Ipoh, Perak, Malaysia