Naraka

Naraka (Bahasa Sanskrit: नरक) adalah tempat seakan neraka dalam kepercayaan agama Hindu (malah merupakan asal perkataan "neraka" dalam bahasa Melayu) di mana orang-orang berdosa diseksa selepas mereka meninggal dunia. [1] Ia juga merupakan tempat Yama, iaitu dewa kematian. Ia digambarkan sebagai terletak di bahagian selatan alam semesta dan serta di bawah bumi.