Narendra_Modi
Narendra_Modi

Narendra_Modi

Narendra Damodardas Modi (lahir 17 September 1950) adalah ahli politik India yang kini menjadi Perdana Menteri India selepas Parti Bharatiya Janata (BJP) menang besar dalam Pilihan raya umum India 2014 . Modi menjadi Perdana Menteri ke -14 dan menjadi Ketua Menteri Gujarat.Beliau menjadi Ketua Menteri Gujarat pada Oktober 2001 selepas peletakan jawatan pemimpin terdahulu, Keshubhai Patel, dan setelah kekalahan BJP dalam pilihan raya kecil. Pada bulan Julai 2007, beliau menjadi Ketua Menteri paling lama berkhidmat dalam sejarah Gujarat iaitu selama 2,063 hari berturut-turut.Modi adalah ahli Rashtriya Swayamsevak Sangh (RSS) yang dilabel sebagai nasionalis Hindu oleh media dan dirinya sendiri. Beliau merupakan tokoh kontroversi di India dan antarabangsa kerana Rusuhan Gujarat 2002 Tetapi beliau dipuji kerana dasar-dasar yang menggalakkan pertumbuhan ekonomi di Gujarat.