Naruto_the_Movie:_Ninja_Clash_in_the_Land_of_Snow
Naruto_the_Movie:_Ninja_Clash_in_the_Land_of_Snow

Naruto_the_Movie:_Ninja_Clash_in_the_Land_of_Snow

Naruto The Movie: Ninja Clash in the Land of Snow (大活劇! 雪姫忍法帖だってばよ!!, "Daikatsugeki! Yukihime Ninpōchō dattebayo!!") ataupun "Great Action Scene! Snow Princess's Book of Ninja Arts" adalah filem animasi Naruto yang muncul pada tahun 2004 dan diarahkan oleh Tensai Okamura dan ditulis oleh Katsuyuki Sumisawa berdasarkan siri manga dan anime popular Naruto oleh Masashi Kishimoto. Ia dipertontonkan di Jepun pertama kalinya pada tanggal 21hb Ogos 2004. Ianya menjadi popular di kalangan peminat dan telah mencetuskan kepada beberap sekuel bermula dengan filem animasi Naruto the Movie 2 di mana ia telah dipertontonkan melalui DVD pada 28hb April 2005. Kronologi filem animasi tersebut mengambil tempat sekitar jalan cerita sebelum atau selepas episod 101 (namun kebanyakkan jalan cerita filem tidak berkaitan dengan jalan cerita siri). Lagu penutup berjudul "Home Sweet Home" yang dinyanyikan oleh Yuki.Sebagai satu bonus, filem animasi pendek OVA Naruto OVA 4: Konoha Annual Sports Festival (木ノ葉運動会, "Konoha Undōkai") disertakan bersama dengan filem animasi yang diterbitkan di Jepun. Jalan cerita pembukaan selama sepuluh minit itu memaparkan kelemahan Naruto emnggunakan bilik air untuk mandi ketika terlibat dengan pertandingan tersebut. Dapat dipastikan bahawa secara virtual kebanyakkan karakter, yang hidup ataupun yang sudah mati membuat penampilan termasuklah Hokage Keempat yang sudah mati (kebanyakkan daripada mereka membuat kemunculan di dalam kelompok manusia yang sedang berbaris untuk menunggu giliran bagi menggunakan bilik air).