Nasional_FM

Nasional FM merupakan sebuah stesen radio kerajaan yang dikendalikan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM). Sebelum ini, stesen ini pernah bersiaran dengan dikenali Radio 1. Sejajar penstrukturan semua radio milik RTM beberapa tahun lalu, stesen dikenali sebagai Nasional FM. Dan beberapa tahun kemudian, ia digabungkan sebagai satu saluran radio bersama-sama radio Klasik FM dengan dikenali sebagai radio Klasik Nasional. Pada awal tahun 2012, ia telah dibubarkan dan kembali menjadi stesen tunggal mengambilalih frekuensi radio Muzik FM (kini radio atas talian) dan bersiaran terus ke seluruh negara dengan gaya penyampaian yang lebih baikstesen ini menyiar pelbagai info dan berita semasa dengan lebih kerap, iaitu setiap satu jam sekali dalam sehari. Para penyampai pula terdiri daripada barisan muda, dengan harapan dapat menarik golongan ini mendapat maklumat yang tepat, terperinci dan lebih segar. Slogan yang digunakan bagi stesen Nasional FM ialah "Sentiasa Di Hati".

Nasional_FM

Dilancarkan 4 Januari 2012
Dimiliki oleh Jabatan Penyiaran Malaysia, Kementerian Penerangan Malaysia
MYTV Saluran 701
Format gambar VHF Gelombang III, UHF
Laman sesawang
Astro Saluran 869
Negara Malaysia
Cogan kata Sentiasa Di Hati
(2012-sekarang)