Nasir_P.Ramlee

Teuku Mohammad Nasir bin Tan Sri Teuku Zakaria atau dikenali sebagai Nasir P. Ramlee (23 November 1953 – 17 Disember 2008) ialah seorang komposer, pemuzik, pelakon dan penyanyi. Beliau juga ialah anak pelakon tekenal Malaysia, P. Ramlee. Ibu kandungnya ialah Junaidah Daeng Harris[1] yang dikahwini P. Ramlee pada tahun 1950, tetapi berakhir dengan penceraian pada tahun 1954 selepas empat tahun sahaja. Adik-beradik beliau ialah Arfan (1954–1998).Beliau pernah berkahwin sebanyak 3 kali bersama Mariati Abdul Rahman (bercerai), Rashidah Jaafar (bercerai), dan Suria (Surjangsih Abu Bakar). [2]Hasil perkahwinan Nasir P Ramlee dengan pelakon, Rashidah Jaafar, beliau mendapat seorang anak, Najua Nasir. [3]

Nasir_P.Ramlee

Dikebumikan Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang, Kuala Lumpur
Pekerjaan pelakon, penyanyi, komposer, pemuzik
Ibu bapa Tan Sri Datuk Amar Dr. P.Ramlee (ayah)
Junaidah Daeng Harris (ibu)
Pasangan Mariati Abdul Rahman (bercerai), Rashidah Jaafar (bercerai), Suria (Surjangsih Abu Bakar) (Kini)
Anak Najua Nasir P. Ramlee dan 6 lagi orang anak
Tahun aktif 1969 - 2008
Meninggal dunia 17 Disember 2008(2008-12-17) (umur 55)
Hospital Kuala Lumpur (HKL)
Warganegara Singapura
Saudara Sazali P.Ramlee (Adik)
Sebab kematian Komplikasi jantung dan kencing manis
Kelahiran Teuku Mohammad Nasir bin Tan Sri Teuku Zakaria
(1953-11-23)23 November 1953
Singapura