Negara_(budaya)

Rencana ini menerangkan tentang rujukan satu negara dari aspek bangsa dan budaya, untuk aspek lain, silalah pilih daripada rencana Negara.Negara (Bahasa Inggeris dan Bahasa Perancis: Nation) adalah salah satu daripada doktrin yang paling berpengaruh dalam sejarah. Ia berdasarkan kepada konsep bahawa semua manusia dibahagikan dalam kumpulan-kumpulan berasingan. Ia adalah dotrin etika dan falsafah dalam sendirinya, dan adalah titik permulaan ideologi nasionalisme. Para rakyat (nationals) adalah ahli "negara" (nation) dan dibezakan dengan satu identiti dan moyang, ibubapa atau warisan yang sama. Identiti nasional adalah merujuk kepada sifat-sifat berlainan satu kumpulan (dari segi paras rupa dll.) dan rasa seseorang individu sebagai ahli kumpulan berkenaan. Kriteria-kriteria yang digunakan adalah banyak sekali, dengan pengaplikasiannya juga berbeza. Perbezaan kecil dalam sebutan satu dialek pun cukup untuk membezakan dan menkatagorikan seseorang sebagai satu ahli negara lain. Pada sebelah satu lagi pula, dua orang mungkin mempunyai berbezaan personaliti, agama, lokasi geografi, masa dan juga bahasa pertuturan, tetapi masih dilihat orang lain serta melihat diri-sendiri mereka sebagai satu ahli negara yang sama. Ahli negara dikatakan mempunyai ciri-ciri dan norma-norma sendiri tertentu, dan tanggungjawab istimewa kepada orang sesama negara. Negara wujud sejak sekian lamanya daripada generasi-generasi terdahulunya lagi, dan yang telah meninggal pun dianggap ahli. Generasi masa depan juga dikira sebagai ahli. Tiada sesiapa yang meletakkan garisan masanya, tetapi satu negara secara biasanya beberapa abad lamanya wujud. Sebagai contoh, negara China telah dikatakan wujud selama 5,000 tahun. Perkara yang berlaku pada zaman silam juga diadili dalam konteks ini, contohnya dengan merujuk kepada "tentera kita" dalam konflik yang berlaku pada jauh di masa terdahulu.Perkataan negara seringkali menjadi sinonim kepada kumpulan etnik seperti bangsa dan budaya, kendatipun etnik adalah satu aspek penting identiti budaya atau identiti sosial untuk ahli kebanyakan negara, orang yang mempunyai asas etnik yang sama mungkin hidup di negara bangsa yang lain dan diperlakukan sebagai ahli negara lain oleh sebab ini. Identiti kebangsaan adalah pada lazimnya dipertikai, sehingga ke individu.Satu negara politik yang yang mengatakan dirinya sebagai ibu kepada sebuah kelompok ahli negara adalah satu negara bangsa, dan kebanyakan negara politik menjadi sebahagian daripada katagori ini, walaupun adanya pertikaian ganas mengenasi legitimasi mereka. Dalam penggunaan harian, perkataan seperti rujukan negara sebagai satu kumpulan bangsa, atau negara politik, atau satu istilah geografi, serta penggunaan perkataan tanah mempunyai maksud yang hampir sama. Sebagai contoh, satu wilayah dibawah satu kerajaan berdaulat atau penduduk wilayah itu, atau kerajaan itu sendiri, dalam maksud lainnya, satu negara de jure atau de facto.Dalam maksud yang lebih tepat pula, perkataan seperti negara boleh dilihat daripada tiga aspek, iaitu dari aspek budaya atau bangsa, aspek politik atau aspek sesuatu kawasan geografi. Aspek-aspek ini lebih jelas dalam bahasa Inggeris dimana tiga perkataan berbeza, nation, state dan country wujud untuk setiap aspek ini. Rupert Emerson menakrifkan satu negara serta satu wilayah yang definatif sebagai berasaskan satu rakyat dengan satu bahasa yang sama dan budaya warisan yang sama. Kendatipun banyak negara tidak termasuk dalam kriteria ini, ia tetap boleh digunakan sebagai titik permulaan untuk negara yang baru mengikutinya.