Negara_dikelilingi_daratan
Negara_dikelilingi_daratan

Negara_dikelilingi_daratan

Negara dikelilingi daratan (juga dikenali sebagai negara tidak berpantai dan negara tanpa laut)[1] ialah negara berdaulat yang dikelilingi oleh daratan atau pesisir pantainya hanya terletak di laut tertutup. Pada masa kini, terdapat 44 buah negara berdaulat dan lima negara yang sebahagiannya diiktiraf merupakan negara dikelilingi daratan. Daripada negara-negara tersebut, hanya Bolivia dan Paraguay yang berada di luar kawasan Afro–Eurasia (Dunia Lama),Liechtenstein dan Uzbekistan merupakan negara yang dikelilingi oleh negara dikelilingi daratan yang lain, manakala Kota Vatikan, Lesotho dan San Marino dikelilingi oleh satu negara sahaja (enklaf).