Kerajaan Negeri_Sembilan

Dalam aspek pentadbiran kerajaan tempatan pula, negeri ini dibahagikan kepada 8 buah PBT yang terdiri daripada 3 Majlis Perbandaran dan 5 Majlis Daerah, iaitu Majlis Perbandaran Seremban, Majlis Perbandaran Nilai, Majlis Perbandaran Port Dickson, Majlis Daerah Jelebu, Majlis Daerah Jempol, Majlis Daerah Kuala Pilah, Majlis Daerah Rembau, dan Majlis Daerah Tampin.

Bandar-bandar utama di Negeri Sembilan adalah Seremban (ibu negeri), Nilai, Senawang, Port Dickson, Tampin, Bahau, Rembau, Kuala Pilah, Kuala Klawang, Gemencheh dan Gemas.

Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan merupakan Ketua Negeri. Di bawah perlembagaan negeri, kuasa meluluskan undang-undang adalah Dewan Undangan Negeri. Ahli Dewan undangan Negeri adalah terdiri daripada calon-calon yang memenangi pilihanraya di kawasan Dewan Undangan masing-masing.

Parti politik yang memenangi majoriti kerusi Dewan Undangan Negeri berhak untuk dicalonkan menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan yang dilantik oleh Yang Di-Pertuan Besar. Menteri Besar kemudiannya akan melantik ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan atau EXCO. Exco ini adalah dari kalangan ahli-ahli Dewan Undangan Negeri

Senarai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan

NamaMulai bertugasSelesai bertugas
Raja Melewar (Sultan Mahmud ibni Sultan Abdul Jalil)17731795
Raja Hitam17951808
Raja Lenggang18081824
Yamtuan Radin ibni Almarhum Raja Lenggang18241861
Yamtuan Imam ibni Almarhum Raja Lenggang18611869
Yamtuan Antah ibni Almarhum Yamtuan Radin18691888
Tuanku Muhammad ibni Almarhum Tuanku Antah18881933
Tuanku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku Muhammad19331960
Tuanku Munawir ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman19601967
Tuanku Jaafar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman19672008
Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir2008Kini

Senarai Menteri Besar Negeri Sembilan

NamaMulai bertugasSelesai bertugas
Tun Abdul Malek bin YusofFebruari 1948Ogos 1950
Mohamad Salleh bin SulaimanOgos 1950Januari 1951
Tun Abdul Malek bin YusofJanuari 1951April 1952
Tun (Dr) Haji Aziz MajidApril 1952Oktober 1952
Tun Abdul Malek bin YusofOktober 1952Oktober 1953
Dato' Shamsuddin bin NaimOktober 1953Januari 1959
Mohamad Shariff bin Abdul SamadApril 1959Jun 1959
Dato' Dr. Mohd Said bin MuhammadJun 1959Mei 1969
Dato' Mansor bin OthmanMei 1969Julai 1978
Tan Sri Dato' Seri Utama Dr. Rais YatimJulai 1978April 1982
Tan Sri Isa Abdul SamadApril 1982Mac 2004
Dato' Seri Utama Mohamad bin Haji HassanMac 2004Mei 2018
Dato' Seri Aminuddin HarunMei 2018Kini