Negeri_di_Amerika_Syarikat
Negeri_di_Amerika_Syarikat

Negeri_di_Amerika_Syarikat

Negeri-negeri Amerika Syarikat merupakan negeri-negeri entiti subnasional dalam Amerika Syarikat, walaupun empat negeri menggunakan gelaran rasmi "Komanwel". Pemisahan kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan berkongsi kedaulatan, bermakna seorang warga Amerika Syarikat merupakan warga kedua-dua entiti persekutuan dan domisil negeri mereka.[1] Bagaimanapun, kerakyatan negeri adalah sangat longgar/fleksibel, dan tidak memerlukan persetujuan kerajaan apabila bergerak antara negeri-negeri (kecuali pesalah dalam parol).Perlembagaan Amerika Syarikat mengagih-agihkan kuassa di antara dua peringkat kerajaan dalam bentuk umum. Dengan meratifikasi perlembagaan, setiap negeri memindahkan kuasa-kuasa perdaulatan tertentu kepada kerajaan persekutuan dan bersetuju untuk berkongsi kuasa dengannya. Di bawah Pemindaan Kesepuluh, Semua kuasa bukan secara jelas dipindahkan atau dikekalkan oleh negeri dan masyarakatnya. Dari segi sejarah, tugas-tugas pendidikan awam, kesihatan awam, pengangkutan dan infrastruktur lain adalah di bawah tanggungjawab negeri , walaupun semua mempunyai dana persekutuan dan juga peraturan persekutuan juga.Sehingga hari ini, perlembagaan sudah pun dipinda, dan interpretasi dan applikasi peruntukan juga berubah. Kecenderungan umum biasanya ke arah pemusatan, dengan kerajaan persekutuan memainkan peranan lebih besar daripada sebelumnya. Terdapat satu debat berterusan terhadap "hak-hak negeri", yang mana lebih berat kepada sejauh mana dan semulajadi kuasa-kuasa negeri-negeri yang sudah diberikan kepada kerajaan persekutuan.