Negeri_di_Jerman
Negeri_di_Jerman

Negeri_di_Jerman

Republik Persekutuan Jerman dibentuk oleh 16 buah negeri yang dipanggil Länder (mufrad: Land). Memandangkan perkataan Land bermaksud negara di dalam penggunaan moden bahasa Jerman, istilah Bundesländer (atau Bundesland) digunakan dengan lebih meluas. Istilah ini dikatakan lebih tepat kerana merujuk kepada sifatnya sebagai negara persekutuan. Walau bagaimanapun, istilah ini tidak digunakan di dalam perlembagaan negara ini, iaitu Hukum Asas Republik Persekutuan Jerman.Negeri-negeri bersekutu yang membentuk negara bangsa Jerman selepas penyatuan semula pada tahun 1990, mengikut nombor di dalam peta di sebelah kanan ialah:Daripada 16 buah negeri, 3 daripadanya ialah kota bertaraf negeri, iaitu Berlin, Hamburg dan Bremen. Ketiga-tiganya, walaupun kecil dari segi saiz dan jumlah penduduk, mempunyai hak yang sama seperti negeri-negeri Jerman yang lainnya. Setiap negeri terlibat di dalam pentadbiran dan penggubalan undang-undang di peringkat persekutuan melalui Bundesrat (Majlis Persekutuan).