Nektar
Nektar

Nektar

Nektar atau madu bunga merupakan cecair yang kaya dengan gula yang dihasilkan oleh tumbuhan. Ia dihasilkan dalam kelenjar yang dipanggil nektari, sama ada di dalam bunga, di mana ia menarik haiwan pendebunga, ataupun dengan nektari luar bunga yang menjadi sumber nutrien kepada haiwan mutualis yang memberi perlindungan anti-maun kepada tumbuhan sebagai balasan. Antara haiwan-haiwan pendebunga utama yang meminum nektar ialah lebah, kupu-kupu, rama-rama, burung madu dan kelawar. Nektar merupakan bahan yang amat penting dari segi ekologi, yakni sumber gula untuk menghasilkan madu. Ia juga berguna dalam bidang pertanian san hortikultur kerana sesetengah serangga pemangsa yang dewasa menghirup nektar.

Berkaitan