Neuron_multipolar
Neuron_multipolar

Neuron_multipolar

Neuron multipolar atau neuron berbilang kutub ialah sejenis neuron yang mempunyai akson tunggal dan banyak dendrit (dan cabangan dendritik), membolehkan penyepaduan banyak maklumat daripada neuron lain. Proses ini adalah unjuran daripada sel jasad neuron. Neuron multipolar membentuk majoriti neuron dalam sistem saraf pusat. Ia termasuk neuron motor dan interneuron/neuron penyampai yang paling biasa ditemui dalam korteks otak dan saraf tunjang. Secara periferi, neuron multipolar ditemui dalam ganglion autonomi.[1]