Neurotransmiter
Neurotransmiter

Neurotransmiter

Neurotransmiter , juga dikenali sebagai penghantar neuron atau penghantar impuls, merupakan sekumpulan bahan kimia dalaman yang menghantar isyarat merentasi sinaps dari satu neuron (sel otak) ke satu neuron lain yang disasarkan.[1] Neurotransmiter dilepaskan daripada vesikel sinaps melalui rekah sinaps, di mana mereka diterima oleh reseptor pada sinaps saraf yang lain. Terdapat pelbagai neurotransmiter yang disintesis dari bahan duluan seperti asid amino, bahan ini mudah didapati daripada diet harian dan hanya memerlukan proses biosintesis yang singkat agar bisa ditukar ke dalam bentuk neurotransmiter.Bahan ini memainkan peranan yang sangat penting untuk organisma menjalankan rutin seharian. Para saintis masih belum tahu dengan tepat berapa banyak neurotransmiter yang wujud, tetapi lebih daripada 100  jenis bahan kimia yang telah dikenalpasti berkaitan dengan fungsi neurotransmiter.[2]

Rujukan

WikiPedia: Neurotransmiter http://psychology.about.com/od/nindex/g/neurotrans... http://www.benbest.com/science/anatmind/anatmd10.h... http://www.mercksource.com/pp/us/cns/cns_hl_dorlan... http://micro.magnet.fsu.edu/micro/gallery/neurotra... http://faculty.washington.edu/chudler/chnt1.html //www.nlm.nih.gov/cgi/mesh/2009/MB_cgi?mode=&term=... http://www.neurotransmitter.net/neurosignaling.htm... http://www.brainexplorer.org/neurological_control/... http://en.wikibooks.org/wiki/Neuroscience/Cellular...