Neutrino

Neutrino adalah suatu zarah keunsuran. Neutrino mempunyai spin 1/2 maka merupakan fermion. Jisimnya sangat kecil, walaupun eksperimen yang terbaru menunjukkan bahawa jisimnya ternyata bukan sifar. Neutrino hanya bertindakbalas pada daya lemah dan graviti, tak satu pun boleh tindak balas dengan kuat atau daya elektromagnetik.Disebabkan dalam proses interaksi lemah, neutrino dapat bergerak antara bahan hampir tanpa halangan. Untuk neutrino-neutrino tipikal yang dihasilkan di dalam Matahari (dengan tenaga beberapa MeV) diperlukan kira-kira satu tahun cahaya (~1016m) untuk memblok setengah dari jumlahnya.