Nevada
Nevada

Nevada

Nevada ialah sebuah negeri di Amerika Syarikat barat yang amat terkenal untuk industri perjudian yang sah di sisi undang-undangnya. Nama samaran Nevada ialah "Negeri Perak" atau "Negeri Sagebrush".Cogan kata Nevada ialah "Kesemua untuk Negara Kita" ("All for Our Country"), dan lagu negerinya ialah "Tempal asal bermakna Nevada"" ("Home Means Nevada"), sebuah lagu yang digubah oleh Bertha Rafetto. Frasa "Dilahirkan oleh Perang" tertulis dalam bendera negerinya; "Negeri Yang Dilahirkan Oleh Perang" ("The Battle Born State") ialah cogan kata rasmi negeri ini yang berasal daripada fakta bahawa Nevada menyertai Kesatuan semasa Perang Saudara Amerika.Walaupun nama ini berasal daripada perkataan Sepanyol, nevada, yang bermaksud "bersalji", sebutan tempatan untuk nama negeri ini bukannya [nəˈvɑdə] (dalam IPA), tetapi [nəˈvædə]. Pada tahun 2005, Nevada mengeluarkan satu siri plat nombor kereta baru yang menyenaraikan nama negeri sebagai Nevăda untuk mengatasi masalah sebutan.