Pengangkutan New_Delhi

Pengangkutan awam di New Delhi ialah bas, kereta auto, sistem transit, teksi dan kereta api.

Bas

Bas adalah pengangkutan paling popular dan paling digunakan dengan 60% pengguna menggunakannya.[3] Syarikat milik kerajaan Perbadanan Pengangkutan Delhi (DTC) ialah pengusaha bas utama kepada bandaraya ini. Perbadanan Pengangkutan Delhi (DTC) beroperasi di banyak laluan bukan sahaja di Delhi bahkan laluan dalam negeri. Bas-bas ini beroperasi sekitar 34 depot dan bas-bas dalam negeri beroperasi daripada Tiga Terminal Bas Dalam Negeri di Kashmere Gate, Sarai Kale Khan dan Anand Vihar.

Perkhidmatan Perbadanan Pengangkutan Delhi di New Delhi mempunyai banyak rangkaian perkhidmatan bas. Ia menyambungkan hampir ke semua bahagian Delhi dengan rangkaian bas-bas ini. Diantara perkhidmatan yang ketara ini ialah perkhidmatan Mudrika dan Bahri Mudrika. DTC telah menolong Delhi Metro untuk menghubungkan Bandaraya Delhi dengan lebih baik dengan beroperasi di laluan-laluan bas baru. DTC sekarang mengoperasikan perkhidmatan bas mesra alam terbesar di dunia.[4]

Metro

Fail:New Delhi Metro.jpegDelhi Metro, dioperasikan oleh Perbadanan Rel Delhi Metro Rail Berhad

Sebuah sistem metro bertaraf dunia telah diwujudkan di New Delhi. Bagi membolehkan pengangkutan ini dapat menampung permintaan di Delhi, kerajaan negeri dan pusat memulakan kerja-kerja pembinaan sistem transit termasuklah Delhi Metro.[3] Setakat 2007, metro ini mengoperasikan tiga garisan dengan jumlah panjang ialah 65 km (40 batu) dan 59 stesen sementara garisan-garisan lain masih dalam pembinaan.[5] Setakat bulan November, 2006:

Nama garisanNomborStesen perantara
● Garisan Merah1Shahdara - Rithala
● Garisan Kuning2Vishwa Vidyalaya - Sekreteriat Tengah
● Garisan Biru3Indraprastha - Bandar Dwarka

Teksi dan Beca

Beca auto ialah antara pengangkutan paling popular di Delhi.

Beca auto sangat popular di New Delhi. Oleh kerana kenderaan ini menggunakan CNG, maka ia adalah mesra alam dan merupakan satu cara mudah untuk bergerak. Kenderaan ini biasanya berwarna hijau dan kuning. Tambang kenderaan biasanya berjumlah Rs. 50.

Tidak seperti beca auto, teksi tidak tersebar luas. Teksi yang berwarna hitam dan kuning lebih mahal tetapi dapat menampung jumlah penumpang dan muatan yang lebih banyak.

Kenderaan persendirian menyumbang 30% daripada jumlah permintaan pengangkutan.[3] Dengan panjang jalan 1922.32 km per 100 km², Delhi mempunyai kepadatan jalan paling tinggi di India.[3] Delhi disambungkan dengan bahagian-bahagian lain India melalui lima Lebuh raya kebangsaan iaitu Lebuh raya 1, 2, 8, 10 dan 24. Jalan-jalan di New Delhi dikendalikan oleh MCD, NDMC, Lembaga Kantonmen Delhi, Jabatan Kerja Raya (PWD) dan Pihak Berkuasa Pembangunan Delhi.[6]

Kereta api

Landasan kereta api hanya menyumbang 1% daripada jumlah trafik tempatan sehinggalah tahun 2003.[3] Walau bagaimanapun, Delhi ialah persimpangan utama di Peta rel di India dan merupakan ibu pejabat kepada Landasan Kereta Api Utara. Empat stesen landasan kereta api utama ialah Old Delhi, Stesen Kereta Api Nizamuddin, Sarai Rohilla dan Stesen Kereta Api New Delhi.[3]

Udara

Lapangan Terbang Antarabangsa Indira Gandhi

Lapangan Terbang Antarabangsa Indira Gandhi (IGI) terletak di bahagian barat daya Delhi dan bertujuan menyediakan perkhidmatan bagi penerbangan domestik dan antarabangsa. Pada tahun 2005–06, lapangan terbang ini merekodkan trafik melebihi 8.5 juta penumpang,[7] menjadikan ia sebagai antara lapangan terbang paling sibuk di Asia Selatan. Lapangan Terbang Safdarjung ialah satu lapangan udara di Delhi yang digunakan bagi tujuan penerbangan awam.[8]