New_Orleans
New_Orleans

New_Orleans

New Orleans (/nuː ˈɔːrlᵻnz, -ˈɔːrli.ənz, -ɔːrˈliːnz/,[3][4] atau /ˈnɔːrlᵻnz/; Bahasa Perancis: La Nouvelle-Orléans [la nuvɛlɔʁleɑ̃]  ( dengar)) adalah sebuah pelabuhan utama Amerika Syarikat serta bandar dan kawasan metropolitan terbesar di negeri Louisiana. Jumlah penduduk bandar ini adalah 343,829 orang mengikut bancian A.S pada tahun 2010.[5][6] Kawasan Metropolitan New Orleans (Kawasan Statistikal Metropolitan New Orleans–Metairie–Kenner) mempunyai penduduk seramai 1,167,764 orang pada tahun 2010 iaitu kawasan ke-46 terbesar di Amerika Syarikat.[7] Kawasan Statistikal Disatukan New Orleans–Metairie–Bogalusa, sebuah kawasan perniagaan yang lebih besar, mempunyai penduduk seramai 1,452,502 orang pada tahun 2010.[8]New Orleons terkenal dengan senibina senibina Perancis dan Creole Sepanyol yang menonjol, selain warisan silang-budaya dan bahasanya.[9] New Orleans juga terkenal dengan masakan, musik (khususnya sebagai tempat kelahiran jazz),[10][11] dan sambutan serta perayaan tahunannya, paling terkenal adalah Mardi Gras, yang bermula sejak zaman penjajahan Perancis. Kota ini sering dirujuk sebagai "paling unik"[12] di Amerika Syarikat.[13][14][15][16][17]New Orleans terletak di tenggara Louisiana, dengan Sungai Mississippi melalui di tengah-tengahnya. Kota dan Parish Orleans (Bahasa Perancis: paroisse d'Orléans) adalah sejajar.[18] Kota dan parish ini bersempadanan dengan St. Tammany di utara, St. Bernard di timur, Plaquemines di selatan, dan Jefferson di selatan dan barat.[18][19][20] Tasik Pontchartrain, yang mana merupakan sebahagian daripada had kota, terletak di utara dan Tasik Borgne terletak di timur.[20]Sebelum dilanda Taufan Katrina, Parish Orleans merupakan parish paling ramai penduduk di Louisiana. Setakat tahun 2015,[21] ia menduduki tangga ke-3 dari jumlah penduduk, mengekori jirannya Parish Jefferson, dan Parish Baton Rouge Timur.[21]

New_Orleans

Diasaskan 1718
• Darat 169 batu persegi (440 km2)
• Musim panas (DST) UTC−5 (CDT)
• Metro 1,262,888 (AS: ke-46)
• Kepadatan 980/batu persegi (380/km2)
Parish Orleans
Zon waktu UTC−6 (CST)
Dinamakan untuk Philippe II, Duc Orléans (1674–1723)
• Air 181 batu persegi (470 km2)
Kod kawasan 504
Negeri Louisiana
• Datuk Bandar Mitch Landrieu (D)
• Anggaran (2016)[2] 391,495
Laman web nola.gov
• Penggabungan kota-kaunti 343,829
Negara Amerika Syarikat
Demonym(s) Orang New Orleania
Ketinggian -6.5 to 20 ft (-2 to 6 m)

Rujukan

WikiPedia: New_Orleans http://goneworleans.about.com/od/NewOrleansBasics/... http://geology.com/county-map/louisiana.shtml http://hurricaneonthebayou.com/html/behind.htm http://www.iweblists.com/us/population/CombinedSta... http://www.msnbc.msn.com/id/13865422/ http://www.mylouisianagenealogy.com/la_county/or.h... http://www.NewOrleansOnline.com http://www.neworleansonline.com/neworleans/multicu... http://www.nola.com/news/t-p/metro/index.ssf?/base... http://www.gmc.edu/library/neworleans/NOhistory.ht...