Nga_Kor_Ming

David Nga Kor Ming (lahir 11 November 1972) merupakan Ahli Parlimen Teluk Intan dari parti Parti Tindakan Demokratik DAP yang juga merupakan parti komponen Pakatan Harapan. Beliau merupakan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat dan juga bekas Ahli Parlimen Taiping.Dalam Pilihan Raya Umum ke-14,beliau menewaskan calon dari Barisan Nasional - Gerakan, Datuk Seri Mah Siew Keong dan dari PAS , Dr . Ahmad Ramadzan dengan majoriti sebanyak 11,179 undi. Beliau memperolehi 29,170 undi berbanding lawannya memperolehi 17,991 undi BN dan 6,494 undi PAS