Niamey
Niamey

Niamey

Niamey (AFA: ​[njamɛ]) ialah ibu negara Niger dan bandarnya yang paling besar.[1]Niamey mungkin diasaskan pada kurun ke-18, tetapi tidak penting bagi sebahagian negara ini sehingga orang Perancis membangunkan penempatan jajahan pada tahun 1890-an. Dengan kawasan seluas 250 km2, kawasan bandar ini terletak di atas 2 penara yang mencecah paras 218m dan direntasi Sungai Niger. Iklimnya ialah iklim separuh gersang (BSh) dengan jangkaan kerpasan antara 500 mm hingga 750 mm setahun, kebanyakannya bermula dengan sedikit ribut pada bulan Mei, seterusnya beralih ke musim hujan yang berlangsung dari bulan Jun ke awal September, dan sejurus itu hujan berkurangan secepatnya. Walaupun jumlah penduduk Niamey bertambah berterusan sejak kemerdekaannya, musim kering pada awal 1970-an dan 1980-an serta kegawatan ekonomi pada awal 1980-an merangsangkan pemindahan penduduk luar bandar ke bandar yang paling besar di Niger.Kawasan pelancongan di bandar ini termasuk Muzium Negara Niger yang merangkumi zoo, muzium seni bina vernakular, pusat kraf tangan, pameran rangka dinosaur dan Pokok Ténéré. Bandar ini ada bangunan yang memperlihatkan seni bina menarik seperti Istana Kongres, Muzium Negara Niger dan Istana Presiden lama. Lebih daripada 90% penduduk Niger beragama Islam. Niamey menyediakan perkhidmatan Lapangan Terbang Diori Hamani yang terletak 12 km ke arah tenggara dari bandar ini dan diselangi lebuh raya RN1. Bandar ini juga menempatkan Sekolah Kebangsaan Pentadbiran, Universiti Abdou Moumouni, Institusi Tinggi Perlombongan, Industri dan Geologi yang terletak di tebing kanan sungai, dan banyak lagi industri.

Niamey

• Kepadatan 5,200/km2 (13,000/batu persegi)
Zon waktu UTC+1 (UTC+1)
Kawasan Kawasan Komun Niamey
Negara Niger
• Jumlah 1,243,500
Ketinggian 207 m (679 ft)