Niccolò_de'_Conti

Niccolò de' Conti (1395–1469) ialah seorang saudagar dan penjelajah Venice. Dilahirkan di Chioggia, beliau mengembara ke India dan Asia Tenggara, dan mungkin ke China Selatan, pada awal abad ke-15. Selepas kembalinya Marco Polo pada 1295, tidak ada rekod pedagang Itali yang kembali dari China hinggalah kembalinya de' Conti melalui laut pada 1439.[1]de' Conti meninggalkan Venice pada 1419 dan menetap di Damsyik, Syria, di mana beliau mempelajari Bahasa Arab. Selama tempoh 25 tahun, beliau menjelajah sebagai seorang saudagar Muslim ke berbagai-bagai tempat di Asia. Pengetahuannya mengenai bahasa dan budaya dunia Islam membolehkan beliau mengembara ke banyak tempat, menaiki kapal milik saudagar Islam.Perjalanan de' Conti mengikuti zaman hubungan Timuriyah dengan Eropah.[2] Perjalanan ini hampir sama waktunya dan di tempat yang sama dengan ekspedisi China oleh Laksamana Zheng He. Kisahnya sezaman, dan agak tekal dengan cerita penulis China yang mengikuti pelayaran Zheng He, seperti Ma Huan (menulis pada 1433) dan Fei Xin (menulis sekitar 1436).

Niccolò_de'_Conti

Pekerjaan Pedagang
Terkenal kerana Pengembaraan di India, Asia Tenggara
Meninggal dunia 1469 (berumur 73–74)
Kelahiran 1395
Chioggia, Republik Venice