Nicolae_Ceaușescu
Nicolae_Ceaușescu

Nicolae_Ceaușescu

Nicolae Ceaușescu  ([ni-ko-la-é cé-au-syés-ku], 26 Januari 1918[1][2] – 25 Disember 1989) merupakan seorang ahli politik Romania berfahaman Komunis. Beliau menjawat sebagai Setiausaha Am Parti Komunis Romania dari 1965 hingga 1989, serta merupakan pemimpin Komunis kedua dan terakhir negara tersebut. Beliau juga merupakan ketua negara dari tahun 1967 sebagai Presiden Dewan Negara, dan dari tahun 1974 pada masa yang sama sebagai Presiden Republik, sehingga penggulingan beliau sewaktu Revolusi Romania pada tahun 1989.Sebaik sahaja beliau memegang tampuk kekuasaan negara, beliau melonggarkan penapisan dan secara terbuka mengutuk serangan Czechoslovakia oleh Pakatan Warsaw dalam suatu ucapan pada 21 Ogos 1968 yang menjadikannya begitu dikenali. Tempoh kestabilan yang diwujudkannya sangat singkat, bagaimanapun, pemerintahannya secara mendadaknya menjadi bercirikan kuku besi, lalu dianggap sebagai salah satu pemerintah yang paling menindas di Eropah Timur. Polis rahsianya iaitu Securitate bertanggungjawab atas tindakan pengawasan awam serta teruk penindasan dan pelanggaran hak asasi manusia dalam negara, dan beliau menyekat dan mengawal media akhbar dengan langkah-langkah yang dianggap paling keras, paling ketat dan kejam di dunia. Pengurusan ekonomi yang teruk akibat usaha-usaha perdagangan minyak yang gagal pada tahun 1970-an membawa kepada hutang asing yang melambung di Romania; pada tahun 1982, banyak keluaran pertanian dan industri negara tersebut dieksportkan sebagai usaha melangsaikan hutang tersebut. Kekurangan makanan yang diikuti dengan penurunan taraf hidup yang drastik, membawa kepada pengagihan berat makanan, air, minyak, bahan api, elektrik, ubatan, dan keperluan lain. Kultus individu yang diwujudkan untuk Ceaușescu turut menjadi begitu kuat, diikuti oleh nepotisme yang meluas serta kemerosotan hubungan asing yang sengit bahkan dengan Kesatuan Soviet juga.

Nicolae_Ceaușescu

Lahir (1918-01-26)26 Januari 1918
Scornicești, Olt, Romania
Tempat persemadian Perkuburan Ghencea, Bucharest, Romania
Pangkat Leftenan Jeneral
Didahului oleh Chivu Stoica
Kerakyatan Romania
Tandatangan
Pasangan Elena Petrescu (kahwin 1947–1989)
Digantikan oleh Jawatan dimansuhkan
Tahun perkhidmatan 1948–1989
Parti politik Parti Komunis Romania
Kesetiaan Templat:Country data Socialist Republic of Romania
Anak-anak
Meninggal dunia 25 Disember 1989(1989-12-25) (umur 71)
Târgoviște, Dâmbovița, Romania
Perkhidmatan/cawangan Tentera Darat Romania
Perdana Menteri

Rujukan

WikiPedia: Nicolae_Ceaușescu http://www.parlament.gv.at/PAKT/VHG/XXIV/AB/AB_105... http://badraie.com/guests.htm http://badraie.com/images/ceausescu.JPG http://www.biography.com/people/nicolae-ceausescu-... http://www.country-studies.com/romania/demographic... http://www.time.com/time/magazine/article/0,9171,9... http://ceausescunicolae.files.wordpress.com/2010/0... http://cidc.library.cornell.edu/dof/romania/romani... http://www.istiadat.gov.my/v8/images/stories/1984.... http://www.ceausescu.org/