Pentadbiran Nigeria

Menurut perlembagaan negara, Nigeria dikelaskan sebagai negara sekular demokratik.[18] Sistem pemerintahan Nigeria adalah berdasarkan sistem persekutuan republik Amerika Syarikat dengan kuasa eksekutif dipegang oleh Presiden.[19] Presiden Nigeria memegang jawatan hingga maksimum dua penggal empat tahun.[20]

Perundangan Nigeria pula terbahagi kepada tiga, hukum awam, hukum adat dan hukum syariah yang digunakan dalam 11 negeri.[21]

Negeri

Nigeria terbahagi kepada 36 buah negeri serta sebuah Wilayah Ibu Kota Persekutuan yang menempatkan ibu negara, Abuja dan seterusnya terbahagi kepada 774 buah Kawasan Kerajaan Tempatan. Lagos ialah bandar terbesar di Nigeria dengan jumlah penduduk melebihi 12 juta orang.[22]

Rujukan

WikiPedia: Nigeria http://www.etymonline.com/index.php?term=Niger http://muse.jhu.edu/journals/human_rights_quarterl... http://catalogo.bne.es/uhtbin/authoritybrowse.cgi?... http://lcweb2.loc.gov/frd/cs/profiles/Nigeria.pdf http://aleph.nli.org.il/F/?func=find-b&local_base=... http://www.alertnet.org/thenews/newsdesk/L29819278... //doi.org/10.1353%2Fhrq.2004.0039 http://www.eueom-ng.org/Files/final_report.pdf http://isni.org/isni/0000000121578678 http://www.nigeria-law.org/ConstitutionOfTheFedera...