Keselamatan Nikel

Pendedahan lama terhadap nikel serta garam-garamnya dikaitkan dengan peningkatan peluang kanser paru-paru dan rongga nasal.[16]

Pendedahan kepada logam nikel dan sebatian terlarutnya sepatutnya tidak melebihi 0.05 mg/cm³ per 40 jam kerja seminggu. Wasap dan habuk nikel sulfida serta sebatian-sebatian nikel dipercayai bercirikan karsinogen.[17][18]

Nikel karbonil, [Ni(CO)4], ialah gas yang amat beracun. Keracunan logam karbonil adalah kesan daripada keracunan logam serta kebolehan karbonil untuk menghasilkan gas karbon monoksida yang beracun.

Seseorang dengan pemekaan mungkin mempunyai alahan kepada nikel di kulitnya. Jumlah nikel yang dibenarkan dalam produk yang bersentuhan dengan kulit manusia dikawal oleh Kesatuan Eropah. Pada 2002, para pengkaji mendapati bahawa nikel yang terpancar oleh syiling 1 dan 2 Euro jauh melebihi had yang sepatutnya, dan dipercayai berlaku akibat tindak balas galvani.[19]

Rujukan

WikiPedia: Nikel http://www.npi.gov.au/database/substance-info/prof... http://www.findarticles.com/p/articles/mi_m1200/is... http://www.kitcometals.com/charts/nickel.html http://www.nature.com/cgi-taf/DynaPage.taf?file=/n... http://www.nature.com/nature/journal/v419/n6903/ab... http://skyandtelescope.com/news/article_1502_1.asp http://www.webelements.com/webelements/elements/te... http://adsabs.harvard.edu/abs/1898Natur..59...63. //www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC2868037 http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/14643413