Kewujudan Nikel

Kebanyakan nikel yang dilombong dikestrak daripada dua jenis bijih. Bijih pertama ialah laterit, dengan bijih-bijih utamanya termasuk limonit, (Fe, Ni)O(OH) dan garnierit, (Ni, Mg)3Si2O5(OH).. Jenis seterusnya ialah deposit magmatik sulfida dengan bijih utamanya ialah pentlandit, (Ni, Fe)9S8.

Dari segi bekalan, kawasan Sudbury di Ontario, Kanada merangkumi kira-kira 30% bekalan nikel dunia. Deposit di Lembangan Sudbury dikatakan terhasil melalui kejadian hentaman meteorit ketika sejarah awal geologi Bumi. Rusia memiliki 40% bekalan nikel dunia yang diketahui di deposit Norilsk, Siberia. Syarikat perlombongan Rusia, MMC Norilsk Nickel melombong bekalan ini serta paladium. Pusat-pusat bekalan nikel utama lain terletak di New Caledonia, Australia, Cuba, and Indonesia.

Sebuah kemajuan baharu telah dilakukan di sebuah deposit di barat Turki, memudahkan pihak Eropah. Di Amerika Syarikat, satu kawasan yang dijadikan sebagai pusat perlombongan nikel komersial ialah Riddle, Oregon yang menempatkan deposit permukaan garnierit berkeluasan beberapa batu persegi.

Mengikut kepada bukti geofizik, kebanyakan nikel di Bumi ditumpukan di kerak Bumi.

Jumlah pengeluaran global

Pada 2019, negara-negara pengeluar nikel utama dunia termasuklah Indonesia (560,000 tan), Filipina (340,000 tan), Rusia (210,000 tan), New Caledonia (210,000 tan), Australia (170,000 tan) dan Kanada (160,000 tan), dengan jumlah pengeluaran global adalah kira-kira 2.3 juta tan setahun.[8]

Rujukan

WikiPedia: Nikel http://www.npi.gov.au/database/substance-info/prof... http://www.findarticles.com/p/articles/mi_m1200/is... http://www.kitcometals.com/charts/nickel.html http://www.nature.com/cgi-taf/DynaPage.taf?file=/n... http://www.nature.com/nature/journal/v419/n6903/ab... http://skyandtelescope.com/news/article_1502_1.asp http://www.webelements.com/webelements/elements/te... http://adsabs.harvard.edu/abs/1898Natur..59...63. //www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC2868037 http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/14643413