Penggunaan Nikel

Nikel digunakan dalam pelbagai barangan industri dan pengguna seperti keluli nirkarat, magnet, syiling dan aloi-aloi khas. Nikel juga digunakan dalam penyaduran serta sebagai pewarna hijau bagi kaca. Nikel lazimnya digunakan sebagai logam aloi, dan kegunaan utamanya ialah dalam logam nukel dan besi tuang nikel dengan pelbagai ciri. Nikel juga banyak digunakan dalam aloi-aloi lain seperti loyang dan gangsa, serta aloi bersama-sama kuprum, kromium, aluminium, plumbum, kobalt, perak dan emas.

Dalam makmal, nikel biasanya digunakan sebagai mangkin dalam penghidrogenan, lazimnya dengan nikel Raney, logam nikel yang dihaluskan.

Rujukan

WikiPedia: Nikel http://www.npi.gov.au/database/substance-info/prof... http://www.findarticles.com/p/articles/mi_m1200/is... http://www.kitcometals.com/charts/nickel.html http://www.nature.com/cgi-taf/DynaPage.taf?file=/n... http://www.nature.com/nature/journal/v419/n6903/ab... http://skyandtelescope.com/news/article_1502_1.asp http://www.webelements.com/webelements/elements/te... http://adsabs.harvard.edu/abs/1898Natur..59...63. //www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC2868037 http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/14643413