Sejarah Nikel

Kegunaan nikel adalah secara tidak sengaja, dan boleh dikesan sehingga 3500 SM. Gangsa dari kini dikenali sebagai Syria mempunyai kandungan nikel sehingga dua peratus. Tambahan lagi, manuskrip Cina membayangkan bahawa "tembaga putih" (contoh. baitung) telah digunakan di Timur antara 1700 SM dan 1400 SM. Bagaimanapun, disebabkan bijih nikel mudah dikelirukan denga bijih perak, sebarang salah faham mengenai hal ini dan kegunaannya lebih ditumpukan kepada masa kini.

Galian yang mengandungi nikel (contoh. kupfernikel, bererti tembaga setan ("Nick"), atau tembaga palsu) digunakan bagi mewarnakan kaca menjadi hijau. Pada tahun 1751, Baron Axel Fredrik Cronstedt sedang cuba menghasilkan tembaga dari kupfernikel (kini dikenali sebagai nikolit), dan sebaliknya dapat logam putih yang digelar olehnya sebagai nikel.

Di Amerika Syarikat, istilah "nikel" atau "nick" pada asalnya digunakan untuk duit syiling tembaga-nikel sen Indian yang diperkenalkan pada tahun 1859 dan kemudiannya, untuk duit syiling tiga sen yang diperkenalkan pada tahun 1865. Pada tahun berikutnya, nama itu dipergunakan untuk nikel perisai lima sen sehingga hari ini. Duit-duit syiling yang diperbuat daripada nikel tulen digunakan buat pertama kali pada tahun 1881 di Switzerland.[7]

Rujukan

WikiPedia: Nikel http://www.npi.gov.au/database/substance-info/prof... http://www.findarticles.com/p/articles/mi_m1200/is... http://www.kitcometals.com/charts/nickel.html http://www.nature.com/cgi-taf/DynaPage.taf?file=/n... http://www.nature.com/nature/journal/v419/n6903/ab... http://skyandtelescope.com/news/article_1502_1.asp http://www.webelements.com/webelements/elements/te... http://adsabs.harvard.edu/abs/1898Natur..59...63. //www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC2868037 http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/14643413